Sabtu, 17 Mei 2008

TMSOLDBOYS

Salam Sejahtera Kepada Semua bekas pelajar TMS (TMSOLDBOYS). Kami sedang mengumpul maklumat bekas-bekas pelajar Sek. Men Tuanku Muhammad semenjak ia ditubuhkan. Sesiapa sahaja yang pernah belajar samada keluarga serta sahabat mereka sila hantarkan maklumat seperti Gambar-gambar terbaru atau lama, maklumat persekolahan dan latarbelakang beliau sehingga sekarang. Kerjasama amatlah diharapkan sebagai langkah mengumpul maklumat untuk direkod atau dijadikan sejarah sekolah. Sekian terima kasih. Sila hantar maklumat melalui e-mail atau alamat seperti di bawah Blog ini.

Dr Sanusi Ahmad

Sila dapatkan gambar terbaik atau maklumat tahun sekolah beliau di TMS

Haji Zainal Abidin Dan Haji Basri Redha

Isnin, 5 Mei 2008

Dari Meja Pengarang TMSOLDBOYS

Dari Tahun 1930 Sejak 30 tahun dahulu sekolah ini telah banyak membimbing ribuan manusia bukan sahaja untuk daerah Kuala Pilah malah hampir dari segenap pelusuk rantau Malaya. Sebuah sekolah yang banyak mencatatkan sejarahnya tersendiri. Disebut sahaja TMS(Tuanku Muhammad School), sudah tentu akan mengimbau kembali nostalgia yang meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit. Dari sebuah sekolah Inggeris yang didirikan pada awal 30an TMS banyak menyumbang ilmu kepada sebahagian pelajarnya dan ramai diantaranya telah pun meninggalkan kita buat selam-lamanya. Tidak kurang juga yang telah mencapai kejayaan besar dan mengharumkan nama negara terutama Kuala Pilah khasnya. Besarlah harapan kami agar sekolah ini dijadikan medan pertemuan yang boleh merapatkan hubungan antara satu dengan yang lain. Hubungan Silaturahim yang dituntut oleh agama. Halaman blog ini dibangunkan demi membawa dan mengenangkan kembali titik-titik sejarah samada individu itu sendiri atau kelompok yang menggelarkan diri mereka The Old TMS Boy. Bantuan dari segi maklumat, pemikiran serta berbagai lagi amat diperlukan agar sekolah ini akan menjadi titik tolak perkembangan pendidikan anak-anak bangsa di daerah Kuala Pilah. Sumbangan berbentuk fizikal, mental dan kewangan diperlukan untuk perkembangan berterusan. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang foto-foto lama dan terbaru, kami amat mengalu-alukan untuk menjadikan Halaman Blog ini satu-satunya menarik minat bekas-bekas pelajar TMS untuk disatukan. Pihak jawatankuasa Pembinaan Blog berharap dapat menghantar segala maklumat kepada kami melalui E-Mail seperti berikut atau terus ke alamat seketeriat sementara seperti di bawah: E-MAIL : tmsoldboy@yahoo.com Alamat seketeriat : No 31A Jalan TTJ S/B Taman Tuanku Jaffar 71450 Senawang Seremban, N Sembilan. Atau Tel Terus Ke : 017-3705118 http://didik.tk